Kawad Kaki Kebangsaan 2012
Friday, 14 September 2012 | 00:31 | 0 Words
Assalamualaikum semua , haritu 31 Ogos aku involved kawad kebangsaan . hehe :D seronok WEHHH !So, nak story mory la nie kan kan kan . bermula la ceritanya si Faizin ni heboh satu batch pasal kawad . then , berpusu-pusu lahh budak batch aku nak masuk kawad , sape taknak sijil LOL ? mula-mula ramai jugak yang nak masuk kawad , maybe dalam 60++ orang , then TERpaksa buat pemilihan .
Masa tu bulan puasa , memang penat , tak kira siang atau malam kitaorang bertungkus lumus jugak nak bagi perfect kawad kami . Sampai satu masa , cikgu buat pemilihan , kesian yang tinggi-tinggi tuu takdapat masuk and jadi reserve je . aku pun tinggi tapi nasib baik laa , takpasal-pasal jadi orang belakang sekali kan ? HUH .
Lepas raya lagi penat , dengan raptai dua hari nyee . memang sakit laa kaki , tangan aku . Tapi kesian lagi Tiqah , kaki dia bengkak balik , Alhamdulillah dia okay even kaki dia macam FishEye .Haha :D Aku tau , kawad kitaorang takcantik macam kawad SIS , memangla kawad diaorang cantik , tentera yang ajar memangla boleh PERFECT . kitaorang berlatih sendiri and cikgu pun selalu marah kitaorang , sabar jelaa .
Sampailah masa yang paling diCUAKkan , iaitu 31 Ogos . pagi tu kitaorang bangun awal , hmm memang awal la kan ? hehe . pagi tu jugak kitaorang buat bacaan Yaasin and baca Al-Mathurat . harap-harap semua berjalan lancar :) sampai kat padang Ipoh pukul 6:45a.m . Then , buat pembarisan daripada pukul 7 lebih . memang laa sakit kaki plus plus panas and malu , tak larat kena kondem dengan MARITIM and ramai lagi sebenarnya . so , masa kawad , kitaorang perform sebaik mungkin sebab SIS saingan hebat kitaorang .
Sampailah di depan pentas hormat , mula-mula kawad terabur nak mati wehh , ohh tidak ! then , alhamdulillah semua okay even tak perfect . lepas kawad tu , dah rasa lembik nak mati , nak hayun tangan pun dah rasa nak mati . HUH ! lepas habis kawad tu , PHOTOSHOOT :D
Petang tu, ada Hi-Tea kat Dataran Ipoh . Ada banyak gila MAKANAN. ohhh dunia ! tapi aku makan sikit je , tak selera sebab tak tenang taktau menang ke tidak . then , sampai satu masa , kitaorang diumumkan NAIB JOHAN :D Alhamdulillah ....
Oohh ya , SIS dapat Ketiga . Act, kitaorang tak expect pun dapat kalahkan SIS sebab kitaorang tau SIS lagi hebat sampaikan pengetua sendiri pun cakap kawad SIS cantik . Ramai cikgu kat sekolah macam tak percaya sebab cikgu tau kawad kami BURUK :(
its okay , anything that happen , ada hikmah .








